Al-Musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah mengenai persamaan taraf daan kedudukan setiap pentadbir, pengurus ataupun setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja.
Firman Allah S.W.T.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya , semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertaqwa."
Surah Al-Hujurat ayat 13
Ayat ini membawa maksud manusia adalah sama dan terikat di sisi peraturan atau undang-undang yang syarie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya dibenarkan oleh undang-undang. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta iaitu membezakan manusia berdasarkan warna kulit, bahasa, bangsa, budaya, pangkat, asal keturunan dan sebagainya. Sistem kasta mengundang pelbagai masalah terhadap masyarakat serta mencetuskan perbalahan dan persengketaan yang mungkin berpanjangan. Maka, manusia seharusnya diberi persamaan dari segi tanggungjawab terhadap undang-undang , hukuman serta agihan penerimaan kemudahan-kemudahan .
- Tanggungjawab terhadap undang-undang
Semua manusia terikat dengan peruntukan undang-undang yang sama tanpa dibezakan bangsa, keturunan, pangkat, warna kulit dan lain-lain . Undang-undang tidak boleh digubal hanya untuk dikuatkuasakan kepada golongan atau bangsa tertentu sahaja .
- Tanggungjawab terhadap hukuman
Semua manusia mesti dipertanggungjawabkan dengan hukuman yang telah dijatuhkan tanpa mengira kedudukan, taraf, waran kulit, bangsa ataupun keturunan seseorang. Semua manusia terikat dengan undang-undang, peraturan dan hukuman yang sama. Hukuman tidak boleh dijatuhkan berbeza dengan mengikut taraf dan darjat seseorang.
- Agihan dan penerimaan kemudahan
Harta yang telah diiktirafkan sebagai harta awam seperti sekolah, hospital, jalanraya serta taman permainan dan sebagainya haruslah dikongsi bersama. Penafian terhadap hak ini akan menimbulkan konflik sosial yang mengakibatkan kesan negatif seperti rusuhan kaum dan tunjuk perasaan .
Al-Musawah merupakan prinsip pengurasan Islam yang melambangkan kesejagatan Islam dan sistemnya. Pendekatan Islam tidak berlandaskan keturunan, waran kulit dan sebagainya, namun dibina atas dasar persamaan yang dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan sama rata untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukan organisasi .
No comments:
Post a Comment